Tuesday, March 14, 2017

DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL


DEFINISI REKA BENTUK VISUAL

          Reka bentuk visual adalah satu prinsip asas sesebuah grafik. Ia juga adalah satu bentuk media jenis bukan cetakan. Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat berbanding menggunakan pernyataan secara lisan atau bertulis. Keberkesanan sesuatu reka bentuk visual itu bergantung kepada kualiti visual tersebut.

           Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan, penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa visual mampu memberi impak positif dan menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi terhadap proses pemerolehan maklumat. Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Ini menunjukkan bahawa bahan visual seperti gambar lebih mampu merangsang otak berbanding perkataan.





KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL

·       Mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
·       Paparan visual seperti lukisan, gambar, foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
·       Visualisasi merupakan antara proses komunikasi yang dapat meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
·       Berperanan untuk menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.
·       Penggunaan grafik visual di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web. 

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan menghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Visual juga dapat menggambarkan perkaitan antara unsur-unsur berlainan. Antaranya ialah :

1. Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkan pencapaian
2. Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit
3. Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar
4. Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
5. Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur
6. Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visual seperti tutur atau perkataan
7. Reka bentuk visual yang baik dapat meningkatkan komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (Pelajar)
8. Memastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)
9. Mudah untuk menginterpretasi mesej
10. Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar
11. Dapat menarik perhatian kepada perkara yang terpenting


No comments:

Post a Comment