Tuesday, March 7, 2017

ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK VISUAL



Elemen-elemen grafik menurut Muhamad Hassan Abdul Rahman dalam buku Grafik AsasPanduan Penghasilan Bahan Pengajaran :
  • Garisan
  • Bentuk 
  • Ruang
  • Warna
  • Tekstur




GARISAN : 
·  dapat menyambungkan elemen-elemen visual atau perkataan
·dapat membawa pandangan penonton dari titik permulaan visual hingga tamat
·  dapat menunjukkan gerakan arahan atau perlakuan
contohnya : garisan melintang menunjukkan kekuatan dan garisan pepenjuru menunjukkan gerakan dinamik.
·Dapat menunjukkan jarak jauh dan dekat.
·Dapat menggambarkan sesuatu impak bahan visual yang direka bentuk.


BENTUK
·Membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta boleh mengarahkan pandangan penonton dari satu elemen ke satu elemen yang lain
·  Lebih menarik para pemerhati.


RUANG
· Menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen visual yang dipaparkan serta membuat grafik kelihatan terancang dan kemas
·Syarifah Alwiyah,1984 mencadangkan supaya ruang ditinggalkan di keliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak.


WARNA
· memainkan peranan dalam membentuk sesuatu reka bentuk visual
· memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek.


TEKSTUR
·mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak.



Prinsip reka bentuk visual menurut Muhammad Hassan,2001 dalam buku Grafik Asas Panduan Penghasilan Bahan Pengajaran :
  • R - Repetition
  • E - Emphasis (Dominan)
  • P - Proximity (Penyatuan)
  • S - Simplicity (Simplisiti)
  • A - Alignment (Seimbang)



C - Contrast (kontras)
· 2 item tidak serupa jadi perbezaan dapat diperlihatkan dengan ketara. 
· ideanya adalah untuk mengelakkan undur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama
·kontras antara imej, warna dan tipografi.

A - Alignment (Seimbang)
  • elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.
  • 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
  • penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.



S - Simplicity (Simplisiti)
  • rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
  • mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat
  • hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan.
  • idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.



P - Proximity (Penyatuan)
  • perhubungan lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi     sebagai satu keseluruhan.
  • diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu dan warna.


E - Emphasis (Dominan)
  • pusat penumpuan atau minat.
  • dalam sesuatu rekaan visual, obejk atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. 



R - Repetition
  • tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.




No comments:

Post a Comment