Antara tujuan reka bentuk dihasilkan
adalah untuk tujuan komersil. Jadi, sesuatu reka bentuk itu mestilah memiliki
ciri-ciri yang dapat menarik perhatian orang ramai di samping dapat
menyampaikan mesej dengan lebih jelas, berkesan dan mudah difahami. Reka bentuk
visual juga haruslah menzahirkan ciri-ciri reka bentuk yang ingin ditonjolkan.
Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips bagi menghasilkan sesuatu reka bentuk
yang menarik :
1. Elakkan terlalu
banyak maklumat dalam sesuatu reka bentuk.
2. Sebolehnya pastikan
reka bentuk yang dihasilkan menggunakan nisbah yang betul.
Sebagai contoh, seimbangkan jumlah perkataan yang sesuai
bagi "header" dan "teks".
3. Pastikan kedudukan,
jenis, warna dan saiz teks bersesuaian dengan tajuk dan senang untuk
difahami.
4. Elakkan menggunakan
imej atau ilustrasi yang keterlaluan agar mesej dapat disampaikan dengan lebih
jelas.
blog ini sangat membantu saya :)
ReplyDelete