Tuesday, March 14, 2017

DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL


DEFINISI REKA BENTUK VISUAL

          Reka bentuk visual adalah satu prinsip asas sesebuah grafik. Ia juga adalah satu bentuk media jenis bukan cetakan. Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat berbanding menggunakan pernyataan secara lisan atau bertulis. Keberkesanan sesuatu reka bentuk visual itu bergantung kepada kualiti visual tersebut.

           Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan, penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa visual mampu memberi impak positif dan menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi terhadap proses pemerolehan maklumat. Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Ini menunjukkan bahawa bahan visual seperti gambar lebih mampu merangsang otak berbanding perkataan.





KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL

·       Mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
·       Paparan visual seperti lukisan, gambar, foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
·       Visualisasi merupakan antara proses komunikasi yang dapat meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
·       Berperanan untuk menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.
·       Penggunaan grafik visual di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web. 

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan menghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Visual juga dapat menggambarkan perkaitan antara unsur-unsur berlainan. Antaranya ialah :

1. Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkan pencapaian
2. Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit
3. Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar
4. Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
5. Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur
6. Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visual seperti tutur atau perkataan
7. Reka bentuk visual yang baik dapat meningkatkan komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (Pelajar)
8. Memastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)
9. Mudah untuk menginterpretasi mesej
10. Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar
11. Dapat menarik perhatian kepada perkara yang terpenting


Tuesday, March 7, 2017

KESILAPAN DALAM REKA BENTUK VISUAL


Pelbagai kesilapan boleh berlaku semasa menghasilkan reka bentuk visual yang menarik dan berkesan. Keadaan ini akan mempengaruhi minat penonton untuk mengekalkan perhatian mereka terhadap mesej yang cuba disampaikan. Kesannya,  maklumat yang cuba disalurkan tidak dapat diterima sepenuhnya oleh penerima. Jadi, terdapat beberapa kesilapan dan kesalahan yang telah dikenalpasti semasa proses menghasilkan reka bentuk visual.


(a)  Maklumat dan isi dalam sesuatu reka bentuk terlalu padat


(b)  Reka bentuk yang dihasilkan tidak menggunakan nisbah yang betul




(c) Reka bentuk tidak mewakili tajuk yang sesuai




(d) Warna dan saiz teks yang digunakan tidak sesuai dengan reka bentuk visual yang dibangunkan

(e) Imej dan ilustrasi kabur dan tidak dapat difahami maksudnya dengan jelas





ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK VISUAL



Elemen-elemen grafik menurut Muhamad Hassan Abdul Rahman dalam buku Grafik AsasPanduan Penghasilan Bahan Pengajaran :
  • Garisan
  • Bentuk 
  • Ruang
  • Warna
  • Tekstur




GARISAN : 
·  dapat menyambungkan elemen-elemen visual atau perkataan
·dapat membawa pandangan penonton dari titik permulaan visual hingga tamat
·  dapat menunjukkan gerakan arahan atau perlakuan
contohnya : garisan melintang menunjukkan kekuatan dan garisan pepenjuru menunjukkan gerakan dinamik.
·Dapat menunjukkan jarak jauh dan dekat.
·Dapat menggambarkan sesuatu impak bahan visual yang direka bentuk.


BENTUK
·Membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta boleh mengarahkan pandangan penonton dari satu elemen ke satu elemen yang lain
·  Lebih menarik para pemerhati.


RUANG
· Menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen visual yang dipaparkan serta membuat grafik kelihatan terancang dan kemas
·Syarifah Alwiyah,1984 mencadangkan supaya ruang ditinggalkan di keliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak.


WARNA
· memainkan peranan dalam membentuk sesuatu reka bentuk visual
· memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek.


TEKSTUR
·mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak.



Prinsip reka bentuk visual menurut Muhammad Hassan,2001 dalam buku Grafik Asas Panduan Penghasilan Bahan Pengajaran :
  • R - Repetition
  • E - Emphasis (Dominan)
  • P - Proximity (Penyatuan)
  • S - Simplicity (Simplisiti)
  • A - Alignment (Seimbang)



C - Contrast (kontras)
· 2 item tidak serupa jadi perbezaan dapat diperlihatkan dengan ketara. 
· ideanya adalah untuk mengelakkan undur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama
·kontras antara imej, warna dan tipografi.

A - Alignment (Seimbang)
  • elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.
  • 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
  • penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.



S - Simplicity (Simplisiti)
  • rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
  • mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat
  • hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan.
  • idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.



P - Proximity (Penyatuan)
  • perhubungan lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi     sebagai satu keseluruhan.
  • diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu dan warna.


E - Emphasis (Dominan)
  • pusat penumpuan atau minat.
  • dalam sesuatu rekaan visual, obejk atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. 



R - Repetition
  • tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.




CIRI REKA BENTUK VISUAL YANG MENARIK


1.  Jelas : mesej reka bentuk yang disampaikan mudah difahami dan jelas

Sumber : http://www.ba-bamail.com


2.  Tersusun : susun atur aliran penyampaian maklumat teratur dan berkesan

Sumber : http://www.myheritage.com.br/
       


3.  Menarik : susun atur, pengolahan dan penerangan menarik perhatian 

Sumber: http://www.teachers-tools.com



4.  Ringkas dan padat : Penyampaian isi maklumat yang ringkas tetapi padat

Sumber:http://www.slideshare.net/TaufikHidayat15/penislam





Monday, March 6, 2017

TIPS REKA BENTUK VISUAL YANG MENARIK


Antara tujuan reka bentuk dihasilkan adalah untuk tujuan komersil. Jadi, sesuatu reka bentuk itu mestilah memiliki ciri-ciri yang dapat menarik perhatian orang ramai di samping dapat menyampaikan mesej dengan lebih jelas, berkesan dan mudah difahami. Reka bentuk visual juga haruslah menzahirkan ciri-ciri reka bentuk yang ingin ditonjolkan. Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips bagi menghasilkan sesuatu reka bentuk yang menarik : 




1. Elakkan terlalu banyak maklumat dalam sesuatu reka bentuk.



2. Sebolehnya pastikan reka bentuk yang dihasilkan menggunakan nisbah yang betul.   
    Sebagai contoh, seimbangkan jumlah perkataan yang sesuai bagi "header" dan "teks".




3. Pastikan kedudukan, jenis, warna dan saiz teks bersesuaian dengan tajuk dan senang untuk
    difahami.



4. Elakkan menggunakan imej atau ilustrasi yang keterlaluan agar mesej dapat disampaikan dengan lebih jelas.